Dilantik 2Hb, Dipecat 26Hb… Itu Saja Kualiti Anina?

loading...
Dilantik 2Hb, Dipecat 26Hb… Itu Saja Kualiti Anina?

​Ini silap-silap boleh masuk The Malaysia Book Of Records sebagai ketua sayap parti politik paling singkat di negara ini.
Dilantik 2 November dan dilucutkan 26 Disember… orang kata belum panas punggung lagi duduk di kerusi sebagai ketua sayap.
Belum apa-apa lagi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditubuhkan sejak Ogos lalu sudah berpecah selepas penyingkiran Ketua Srikandinya Anina Saadudin tersebar.
Anina antara tujuh pemimpin pengasas PPBM, dilucutkan jawatan yang sama taraf dengan Ketua Wanita UMNO itu beberapa hari lalu tapi tersebar pada Ahad.
Sebelum ini tersebar desas-desus mengatakan beliau tidak ngam dengan  Naib Presiden PPBM Datuk Hamidah Osman.
Dalam satu tulisan pembela diri, Hamidah mendakwa beliau dituduh mahu menjadi Ketua Srikandi Malaysia.
“Dik….adalah sesuatu yang mustahil Kak Midah yg telah dilantik menjadi Naib Presiden mahu memegang dua jawatan Naib Presiden dalam masa yg sama,” tulisnya dalam akaun facebook peribadinya.
Beliau turut menafikan bahawa mahu salah seorang ahli keluarganya memang jawatan itu.
“Kemudian dituduh pula Kak Midah mahu mencatur adik Kak Midah iaitu Hamizura Osman sebagai Ketua Srikandi. Ini juga tak mungkin menjadi kenyataan. Mana mungkin dua beradik menjadi  Naib Presiden dalam masa yg sama seolah olah parti ini kami yg punya,”tulisnya.
Anina dalam pengakuan kepada portal pembangkang Malaysiakini berkata beliau dilucutkan jawatan dan dimaklumkan mengenai langkah itu beberapa hari lalu oleh Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agungnya, Datuk Shahruddin Md Salleh.
“Depa (mereka) kata saya tidak disyorkan oleh majlis presiden untuk dilantik sebagai ketua Srikandi,” katanya.
Apabila disoal mengenai perkara itu, Anina berkata beliau dimaklumkan hanya dilantik sebagai penaja untuk sayap Srikandi, manakala jawatan pemimpin lain telah disahkan.
Ditanya perasaannya apabila dilucutkan jawatan, beliau menjawab:
“Tanya perasaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz apabila dilucutkan jawatan oleh UMNO. Saya nak tahu jawapan mereka. Lepas tu saya jawab apa perasaan saya.
“Dulu ketika saya bela mereka, saya lupa nak bertanya perasaan mereka. Saya hanya bangun dan bela mereka tanpa berfikir panjang,” katanya.
Katanya, dia tidak bercakap mengenai perkara itu dengan Tun Mahathir Mohamad.
Mengenai sama ada dia masih setia kepada parti, Anina berkata beliau “setia kepada orang ramai.”
Sementara itu, memberitahu sebuah lagi portal pembangkang FMT, Anina berkata keputusan menyingkirkan beliau dibuat kerana dakwaan terbabit dalam “skandal mesej seks” dengan bekas pembantunya.
“Tetapi, hanya sebuah parti bodoh akan tunduk kepada skandal bodoh,” katanya.
“Screenshot” perbualan intim dalam aplikasi WhatsApp yang didakwa antara beliau dan seorang lelaki tidak dinamakan tersebar baru-baru ini. Bagaimanapun, Anina menepis dakwaan itu.
Menurut FMT, Anina bukan pemimpin PPBM pertama terbabit dalam skandal seks.
Jun lalu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, selepas penulis blog, Raja Petra Kamarudin mendedahkan satu akuan berkanun yang dikeluarkan seorang bekas timbalan pendakwa raya untuk kes perceraiannya.
Muhyiddin kemudian mendakwa pemimpin UMNO menggunakan taktik kotor untuk memburuk-burukkan namanya.
Anina berkata, Muhyiddin dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sepatutnya memahami perasaannya sekarang, memandangkan mereka berdua pernah dipecat daripada jawatan tertinggi kerajaan.
loading...
loading...

0 Response to "Dilantik 2Hb, Dipecat 26Hb… Itu Saja Kualiti Anina?"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close