Situasi mendebarkan di Hospital Ranau

loading...

RANAU: Hasrat seorang bapa untuk melawat anaknya yang sedang dirawat dalam wad hospital di sini tidak kesampaian apabila tiba-tiba rebah dan pengsan di ruang koridor hospital itu pada petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam2.15 petang itu, mangsa yang ditemani isteri dikatakan dalam perjalanan menuju ke wad lelaki sebelum mangsa pitam lalu rebah.
Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila secara kebetulan terdapat kakitangan hospital berada berhampiran tempat kejadian seterusnya memberikan Rawatan Awal Pemulihan Kardiopulmonary (CPR) serta-merta ke atas mangsa.

HANYA LAKONAN

Pengarah Hospital Ranau, Doktor Clarence Dharmasena Sirisani ketika dihubungi media menjelaskan, situasi itu merupakan latihan simulasi ‘Code Blue Drill’ untuk menguji kecekapan dan kesiapsiagaan kakitangan di unit kecemasan dalam menangani kes seumpama itu dalam kawasan hospital.
“Latihan itu juga turut menguji tahap kecekapan serta pengetahuan di kalangan kakitangan hospital yang lain dalam menangani kes-kes kecemasan di dalam unit masing-masing.
“Kod Biru (Code Blue) merupakan satu kod prosedur kecemasan yang digunakan oleh Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Ranau dalam menengani kes-kes kecemasan yang berlaku dalam kawasan hospital atau unit-unit tertentu,”jelasnya.
Jelasnya lagi, kes-kes kecemasan tersebut adalah seperti pengsan, kecederaan dan sebagainya yang menimpa kakitangan, keluarga pesakit, pengunjung hospital dan pesakit itu sendiri.
Dalam latihan itu yang diketuai Penolong Pegawai Perubatan Kanan Hospital Ranau,Haji Sallehudin Wahid, unit kecemasan hospital itu telah menerima panggilan sekitar jam 2.20 petang selang lima minit selepas mangsa dikatakan pengsan.
“Pasukan kecemasan tiba di lokasi kejadian jam 2.23 petang dan berjaya memindahkan mangsa ke unit kecemasan tepat jam 2.25 petang,” jelas Sallehudin yang juga penyelaras Kod Biru (Blue Code) hospital Ranau.
Tambah Sallehudin,untuk rujukan orang ramai,sekiranya berlaku kecemasan, nombor telefon yang patut dihubungi ialah 088- 875 427 ( unit Kecemasan Hospital Ranau).
loading...
loading...

0 Response to "Situasi mendebarkan di Hospital Ranau"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close