(VIDEO) Anak Aku Hampir Lemas.. Syukur Aku Tak Main Facebook Masa Tu...

loading...
hampir-lemasss
Ini satu kisah yang harus dijadikan teladan terutama para ibu bapa.
Seorang bapa berkongsi kisah anaknya hampir lemas ketika berenang di swimming pool.
Nasib baik menyebelahinya apabila dia tidak leka dan terus ternampak anaknya yang hampir lemas.
Bapa terus melompat ke dalam kolam renang dan menyelamatkan anaknya itu.
Jom baca kisahnya:

KISAH ANAK AKU HAMPIR LEMAS

Sumber: Ifwan Tun Tuah
UPDATED: rakaman cctv, tengok betapa cepatnya kejadian berlaku…
ANAK AKU HAMPIR LEMAS, TAKDE SIAPA SEDAR WALAUPUN ORANG YANG DUDUK DI SEBELAHNYA.
SYUKUR AKU TAK MAIN FB MASA TU.
Kemalangan tidak mengira siapa, masa dan tempat… berhati2 kawan2…
semalam (19 Disember 2016), anak aku irriq, berusia tiga tahun, hampir lemas ketika mandi di kolam renang di A307 Tanjung Biru Condominium Port Dickson
ceritanya, dia seronok mengikut abang2 dan kawan2 baru diving dalam kolam di bahagian yg agak dalam. (Tak dalam mana pun, separas dada abang2 sahaja).
kami memang kerap ke kolam renang di sini dan selama ini dia memang tak pernah ke bahagian tu.
walaupun water confidence dia agak tinggi, tapi dia selesa di kolam kanak-kanak sahaja sebab belum pandai berenang.
cuma nak dijadikan cerita, semalam dia excited tengok abang2 dan kawan2 baru diving, dia pun nk ikut sama.
Alhamdulillah, aku memang dari dulu jadikan habit untuk sentiasa pantau kalau budak2 mandi di kolam, sungai atau laut.
ini bukan kali pertama, abang2 dia pernah hampir lemas juga, cuma dalam beberapa kejadian sebelum ini, jarak aku dengan diorang sangat dekat… boleh terus capai kalau terjadi apa2…
semalam, kisahnya agak berbeza, sebab aku sudah berada di seberang kolam (jaraknya kira-kira 4 meter dari dia), berdiri sambil memanggil diorang untuk naik selepas lebih 4 jam berendam…
utk last dive tu, tiba2 irriq boleh pula ikut lari sama dengan abang2 dan kawan2 baharu sebelum dia tiba-tiba tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam (update: kelihatan dlm cctv dia sebenarnya masuk ke kolam tanpa menyedari tempat tu dalam)
aku ingat aku menjerit menyebut IRRIQ sekuat alam, sebelum nampak tangan dia terkapai2 dalam air sebab kakinya tak jejak ke dasar.
aku ingat aku terjun ke kolam dalam keadaan memakai sunglasses dan cap, sebelum mencapai baju dia dan menolak dia ke atas.
Alhamdulillah, dia selamat dan hanya tersedak dan batuk sahaja sekejap…
tujuan aku share pengalaman ini adalah utk memberi peringatan kepada diri sendiri dan kawan2 supaya kita sentiasa peka dan berhati2 setiap kali bawa anak2 ke tpt2 macam ini…
aku tak pernah dengar kawan2 sendiri alami pengalaman semacam ini, sebelum ini (aku tidak langsung berharap), jadi sebelum ini aku tidak rasa kejadian ini dekat dengan aku sebelum ia benar2 berlaku kepada aku..
macam ragut dan jenayah2 lain lah, mangsa selalunya tidak rasa dia bakal menjadi mangsa…
Harapan aku, bila ada kawan2 yang membaca pengalaman ini, anda akan ambil perhatian yang lebih serius…
sebab ia berlaku pada aku sendiri… aku tak dapat bayangkan, kalaulah ketika irriq jatuh tu, aku tengah sibuk layan FB, IG atau buat benda lain…
pasal kejadian itu sangat pantas, ada beberapa orang dewasa di situ, diorang langsung tak sedar irriq terjatuh dan hampir lemas sampailah aku menjerit dan terjun ke dalam kolam…
abang2 nya yang berada di sebelahnya juga tak sedar dia terkapai2 di dalam air…..
jangan sekat anak kita ke kolam, sungai atau laut… nak jadi apa nanti bila dirang besar kan… cuma kita jangan ambil mudah kebarangkalian yang mungkin berlaku ok…
kita tak tahu bila kemalangan nak berlaku…. cuma lebih elok kita sentiasa bersedia apabila ia berlaku…
Semoga aku dan anda semua dijauhkan dari kejadian seperti ini selama-lamanya…insyaAllah
Semoga kejadian ini dijadikan teladan. Harapnya ibu bapa tidak leka ketika anak-anak sedang bermain atau beriadah. -PENMERAHDOTCOM
loading...
loading...

1 Response to "(VIDEO) Anak Aku Hampir Lemas.. Syukur Aku Tak Main Facebook Masa Tu..."

  1. Hanya di ICG88.COM dimana kamu bisa mainkan berbagai permainan di HKB Gaming,IDNPLAY, dan Gudang Poker! tentunya dengan inovasi terbaik.gabung dan buktikan sendiri promo dan bonusnya :

    Bonus New Member 20%
    * Min Deposit IDR 50.000,-
    * Max Bonus IDR 300.000,-
    * TurnOver 4X TO Termasuk Modal Dan Bonus
    * Bonus Di Berikan Di Depan
    * Jika Tidak Mencapai Ketentuan Bonus Maka Bonus Akan Di Tarik Melalui Nominal Withdraw

    Bonus Deposit Kedua & Selanjutnya 5%
    * Min Deposit IDR 50.000,-
    * Max Bonus IDR 100.000,-
    * TurnOver 5X TO Termasuk Modal Dan Bonus
    * Bonus Diberikan Di Depan

    Tunggu apa lagi,gabung dan dapatkan bonus serta jackpotnya!

    hubungi kami di :
    BBM : e3a9c049
    LINE: icg88poker
    Whattsapp : 081360618788

    ReplyDelete

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close