JANGAN BUAT MAIN DENGAN DIORANG NIEE YERR..WALAUPUN TINGGAL DIDALAM HUTAN SENANG-SENANG JERR NAK TOLAK KAMPUNG LAMAN ORANG.

loading...




Durian Runtuh! Wang Pampasan RM37 Juta Berjaya Dituntut Semula 78 Orang Asli 

Susulan Mahkamah Tinggi hari ini membuat keputusan yang memihak kepada mereka, 78 masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun daripada tiga kampung di Kota Tinggi, Johor berjaya mendapatkan balik wang pampasan tanah sekali gus mengakhiri penantian sejak tahun 2000.

Hakim Datuk Samsudin Hasan dalam penghakimannya menetapkan semua plantif dari Kampung Sayong Pinang, Kampung Semangar dan Kampung Pasir Intan serta Tabung Amanah Linggui Valey Orang Asli (Jakuns) Trust layak menerima semula wang pampasan dengan jumlah keseluruhan RM37 juta.

Keputusan dibuat di Mahkamah Tinggi Ipoh kerana Datuk Samsudin yang mengendalikan prosiding kes itu di Mahkamah Tinggi Johor Bahru sebelum ini, kini ditukarkan di sini.

Jumlah itu termasuk RM5 juta bagi ganti rugi teladan dan RM1 juta bagi kos yang perlu dibayar oleh defendan kepada 78 plaintif serta kepada mahkamah yang dilantik sebagai Penerima dan Pengurus.

Samsudin membuat keputusan itu setelah mendapati defendan, S. Kanawagi bekas peguam, anaknya K. Dinesh, dua tok batin iaitu Tok Adong Kuwau dan Daud Kadir yang telah meninggal dunia dan firma guaman Khana & Co telah menyalahgunakan wang pampasan plantif.
loading...
loading...

0 Response to "JANGAN BUAT MAIN DENGAN DIORANG NIEE YERR..WALAUPUN TINGGAL DIDALAM HUTAN SENANG-SENANG JERR NAK TOLAK KAMPUNG LAMAN ORANG."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close